Wednesday 30 September 2015

PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

Pengajian Malaysia (DTK 1B) : Demokrasi & Pilihanraya

  • Mohamad Azizan Bin Abd Rahman         16DTK15F1029
  • Muhammad Azim Bin Azizan                  16DTK15F1047
  • Mohamad Syaamil Bin Ghulam Qamar    16DTK15F1052
 

MAKSUD PILIHAN RAYA…

Secara umumnya pilihan raya adalah :


      v   Mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak        demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan sama ada di 
     -  PERSEKUTUAN
     -  NEGERI

v  Proses memilih wakil rakyat yang akan memerintah di peringkat
            -   Persekutuan
            -   Negeri

v  Dilakukan  secara SULIT.

v  Ketelusan pengundian tercapai melalui prosedur yang kemas dan teratur.

v  Kemenangan tetap diambil kira walaupun dengan majoriti mudah.

v  Keseluruhannya, pilihan raya adalah satu ciri penting dalam sistem       demokrasi berparlimen di Malaysia.

SEJARAH PILIHAN RAYA DI MALAYSIA…

Untuk pengetahuan anda ..
  • PILIHAN RAYA PERTAMA  diadakan pada 27 Julai 1955 sebelum merdekanya Malaysia. Dalam Pilihan Raya Pertama parti yang bertanding ialah :
  • Parti PERIKATAN ( UMNO/MCA/MIC ) bertanding 52 kerusi
  • Parti Negara dibawah pimpinan Datuk Onn kemukakan 33 orang calon
  • Parti Islam Se-Tanah Melayu ( PAS ) kemukakan 11 orang calon
  • Parti lain :1) Parti Buruh                                                                                        2) Parti Kemajuan Perak                                                                          3) Pertubuhan Kebangsaan                                                                      4) Pertubuhan Negeri
  • Keputusan keseluruhan :
  • PERIKATAN menang - 51 kerusi
  • PAS – 1 kerusi 
Pilihan raya umum diadakan adalah untuk :
  • Memilih wakil Parlimen yang akan memerintah negara
  • Memilih wakil DUN yang mengetuai kerajaan negeri
  • Sekiranya YDPA BUBAR Parlimen, pilihan raya mesti diadakan                  §  60 hari selepas pembubaran Parlimen / DUN                                      §  90 hari untuk Sabah / Sarawak ( ramai penduduknya duduk di pedalaman )
Seperti yang kita sedia maklum pilihan raya diadakan : setiap 5 TAHUN SEKALI






Pernah atau tidak anda terfikir apakah fungsi pilihan raya diadakan ? 
Pilihan raya diadakan adalah untuk :

  •          Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi
  •          Mengekalkan pucuk pimpinan
  •          Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan
  •          Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam sebuah organisasi dan            komuniti politik
  •          Meneruskan legasi negara Demokrasi Berparlimen
  •          Beri peluang kepada rakyat untuk memilih dan menukar pucuk                  pimpinan


Jom layan video Kempen Mari Mengundi PilihanRaya .
Dari kami (azizan, azim, syamil)



SURUHANJAYA PILIHAN RAYA…


Image result for spr












Untuk mengadakan pilihan raya .. 
Suruhanjaya Pilihan Raya merupakan badan yang bertanggungjawab bagi menguruskan segala proses pilihan raya.

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA :
  • Sebuah badan yang bertanggungjawab untuk mengelola dan menyelia dalam semua urusan pilihan raya
  • Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberi kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta Pilihan Raya Kecil sekiranya berlaku kekosangan.
  • SPR ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
MISI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
Mendukung Sistem Demokrasi Berparlimen dan Menjamin Hak Rakyat untuk Memilih Wakil Mereka. Dengan Mengurus Mengawal Selia dan Mengendalikan Pilihan Raya Secara Adil dan Bebas.

VISI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
Menjadi sebuah institusi yang cemerlang dan mendapat kepercayaan rakyat.

KEANGGOTAAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
Berikut adalah kronologi penubuhan SPR :

  1. Semasa penubuhan ; 1 orang pengerusi + 2 orang ahli. Pengerusi pertama Suruhanjaya ialah Y.Bhg. Dato' Dr. Mustafa Albakri bin Haji Hassan, manakala ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Lee Ewe Boon dan Encik Ditt Singh.
  2. Tahun 1963 berikutan penubuhan Malaysia ; 1 pengerusi + 3 ahli. Ahli tambahan berasal daripada mana Sabah atau Sarawak yang dilantik secara bergilir gilir. Datuk Abang Haji Marzuki bin Mohd Nor dari Sarawak merupakan orang pertama yamg mewakili kedua-dua negeri tersebut.
  3. Tahun 1981 - pindaan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan membolehkan seorang timbalan pengerusi dilantik . Timbalan Pengerusi SPR yang pertama ialahEncik Abdul Rahman bin Abu Hassan.
  4. Tahun 2002 - pindaan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan ; jumlah keseluruhan yang menganggotai SPR ialah 7 orang iaitu : 1 Pengerusi + 1 Timbalan Pengerusi + 5 orang ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan Sarawak. 

Berikut adalah carta organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya yang terkini :
Image result for carta organisasi spr terkini

Ahli SPR akan dilantik oleh YDPA. Syarat kelayakan seseorang menjadi ahli SPR :
  1. Berumur tidak lebih dari 65 tahun
  2. Tidak muflis
  3. Tidak memegang mana mana jawatan bergaji yang lain
  4. Bukan mana mana ahli politik Majlis Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
Dalam pertubuhan SPR , bagi menjalankan tugas :
  • Sebuah urus setia dibentuk. Setiausaha ini dibentuk berperanan sebagai ketua pentadbir bagi urus setia berkenaan. Encik H.Cassidy merupakan orang pertama yang berkhidmat sebagai Setiausaha SPR
Tanggungjawab SPR termaktub dalam Perkara 113-120 Perlembagaan Persekutuan
  • SPR sebuah badan yang menyelia, menjalankan proses demokrasi negara.
  • SPR bebas daripada pengaruh politik.
FUNGSI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA :
  1. Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian bahagian pilihan raya
  2. Menjalankan urusan pendaftaran pemilih serta penyemakan daftar pemilih 
  3. Menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil
Bagi menyelaras urusan : SPR melantik Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir Urus Setia yang dibantu oleh kakitangan awam. Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir bertindak sebagai Setiausaha

Bagi memastikan pilihan raya efektif, adil dan saksama : SPR wajib mengikut garis panduan dan dasar dasar SPR dari semasa ke semasa.

Bagi memastikan kelicinan perjalanan pilihan raya : urus setia SPR menubuhkan cawangan yang dikenali sebagai Pejabat Pilhan Raya Negeri di setiap negeri kecuali Perlis, dan Wilayah Persekutuan Labuan Proses Pilihan Raya di Malaysia.

Dalam Pilihan Raya Umum 13 terdapat penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh SPR . Jom tonton video ini pula nohh!

SISTEM PILIHAN RAYA

  • 1957-Malaysia kekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) / Dewan Undangan Negeri, boleh tubuhkan kerajaan persekutuan/negeri.
  • Sistem yang digunakan di Malaysia ialah berasaskan sistem ‘First-Past-The-Post-System’.
  • Beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhnya. 
    1.
    Perlembagaan Persekutuan
    2.
    Perlembagaan Negeri
    3.
    Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19)
    4.
    Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5)
    5.
    Peraturan-peraturan (Perjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981
    6.
    Peratuan-peratuan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya 2002
    7.
    Peratuan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya 2003
  • Ada beberapa undang-undang yang tidak berkaitan secara langsung dengan proses pilihan raya tetapi memainkan peranan dalam kelancaran perjalanan pilihan raya iaituAkta Polis 1962, Akta Hasutan 1970, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
BILANGAN KERUSI/KAWASAN
  • Seorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan rayadi Parlimen (Pilihan Raya Umum) / Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri).
  • Terdapat 22 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri.
PERSEMPADANAN SEMULA BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA
  • SPR bertanggungjawab mengkaji semula sempadan bahagian pilihan raya parlimen dannegeri.
  • Menjalankan kajian setiap tidak kurang lapan tahun.
PENDAFTARAN PEMILIH
  • Seorang pemilih mestilah mendaftar dengan SPR sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat / Dewan Undangan Negeri.

  •  Layak untuk mendaftar jika :

    a.Warganegara Malaysia

    b.Berumur tidak kurang daripada 21tahun pada tarikh kelayakan.

    c.Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia.
    d.Tidak hilang kelayakan.
HILANG KELAYAKAN PEMILIH
  •     Pemilih akan hilang kelayakan jika :
a.Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman/sedang menjalani hukuman penjara.
b.Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati/penjara untuk tempoh 12bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan.
c.Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
d.Telah memperoleh kerakyatan asing.  

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
  • Daftar-daftar pemilih baharu disediakan setiap 3bulan sekali dan pendaftarandipamerkan selama 7hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan.
  • Daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh suruhanjaya dalamtempoh sebulan.
  • Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggaldunia dan yang sudah hilang kelayakan akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.

KELAYAKAN CALON
  • Calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti/bertanding sebagai calon bebas.
  • Seseorang itu layak jadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syaratberikut 
                     a.Warganegara Malaysia dan bermastautin.
                     b.Umur tidak kurang 21tahun pada hari penamaan calon.
                     c.Tinggal di negeri di mana dia akan bertanding.

  • Seseorang calon akan hilang kelayakan sekiranya dirinya :
 a.Telah didapati/diisytiharkan tidak siuman.
       b.Bankrap
       c.Memegang jawatan berkepentingan office of profit.
       d.Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya.
       e.Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1tahun / denda tidak kurang dari RM2,000 dan belum mendapat pengampunan.
       f.Telah memperoleh kewarganegaraan asing.

PERMULAAN PILIHAN RAYA & PROSES PENAMAAN CALON
  •     Pilihan raya untuk Dewan Rakyat & Dewan Undangan Negeri yg ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali dlm tempoh 5tahun, kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan dlm tempoh 60hari selepas tarikh pembubaran.
  •      Pilihan Raya Kecil diadakan dlm tempoh 60hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan / seseorang Ahli Dewan Rakyat & Dewan Undangan Negeri hilang kelayakan. Dalam hal ini, tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
  •      Pilihan Raya Umum/ Pilihan Raya Kecil bermula dgn pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yg sama, 1 notis akan diwartakan utk menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.
  •      Hari penamaan calon merujuk kepada hari yg telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bg calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepadan Pegawai Pengurus.
  •      Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calonpencadang dan penyokong (antara jam 9pagi-10pagi pada hari penamaandan kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10pagi-11pagi untuk diteliti dan menerima sebarang bantahan.
  •    Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkanPegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.
DEPOSIT
  • Wang deposit berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi negeriperlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum pada hari penamaan calon.
  • Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh1/8 daripada jumlah undi ygdiperoleh semua calon yg bertanding dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.

PENGGUNAAN SIMBOL
  • Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jikadia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan.
  • Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yg telah disediakan olehSuruhanjaya Pilihan Raya untuk dicetak pada kertas-kertas undi.

h
    Jom layan video ni pulak.



KEMPEN PILIHAN RAYA

- SPR telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen (Akta Kesalahan Pilihan Raya 2002)
- Dimulakan selepas selesai proses penamaan calon
- Mesti dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi
- SPR mempunyai kuasa di bawah Perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan Perkara 27A Akta kesalahanPilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguatkuasamembentuk satulebih pasukan-pasukanPenguatkuasa
- Unit ini dianggotai
 *Pegawai Penguat Kuasa
 *wakil dari ibu pejabat Polis Daerah
 *wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan
 *wakil dari tiap-tiap parti yang bertanding 


- Penubuhan jawatankuasa-jawatankuasa pada peringkat pusatnegeribahagian-bahagian  pilihan raya.
 - Kempen pilihan raya melibatkan:
a)Pengedaran  risalah dan surat
b)Poster
c)Ceramah tertutup dan ceramah umum
d)Kempen dari rumah ke rumah

- Hari pemilih-pemilih membuang undi 

- Bermula dari selepas jam 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman

Pilihan raya 

- Waktu membuang undi= 8.00 pagi-5.00 petang 

- Notis untuk memaklumkan : 

1.Tarikh mengundi 
2.Lokasi mengundi 
3.Waktu mengundi 
4.Lokasi pusat pengiraan

- Mengadakan bilik operasi sekiranya pondok terletak di luar jarak 50 meter dari pusat mengundi .
- Mendirikan barung SPR di pusat-pusat megundi 
- Tujuan: 
- Pemilih-pemilih menyemak nombor siri     
- Pemilih yang daftar sahaja dibenarkan masuk 
- Mykad digunakan sebagai pengenalan diri 
- Pegawai yang dibenarkan memasuki tempat mengundi :
I.Ahli dan pegawai suruhanjaya pilihan raya 
II.Ketua tempat megundi dan kakitangannya 
III.Calon-calon dan wakil calon 
IV.Ejen-ejen mengundi dan ejen mengira undi 
V.Mereka yang dibenarkan oleh suruhanjaya pilihan raya


PARA PENDUNGI MENUNGGU GILIRAN MEMASUKI RUANG MENGUNDI
CARA CARA MENGUNDI
•Memangkah (x) seorang calon sahaja, bersebelahan nama calon
•Kertas mengundi dilipat mengikut garisan, memasukkan dalam peti undi 
ØPilihan raya serentak (Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri) :
1)Kertas-kertas undi di tanda 
2)Dilipat dan dimasukkan ke dalam peti undian yang berasingan 


RAKYAT MALAYSIA SEDANG MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA

  
UNDI POS

Ø Dihantar dengan pos seawal 
Ø Sampai pada jam 5.00 petang pada hari megundi


UNDIAN POS DILAKUKAN


PENGIRAAN DAN PENJUMLAHAN UNDI

Ø Pengiraan dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi
Ø Dikira di tempat mengundi / pusat pengiraan 
Ø Undi pos dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan 
Ø Orang yang dibenarkan masuk semasa pengiraan:

a)Ahli-ahli dan pegawai-pegawai SPR 
b)Pegawai yang dilantik oleh SPR 
c)Kerani megira undi
d)Calon, wakil & ejen mengira undi 
Ø Ejen-ejen calon memastikan pengiraan dijalankan mengikut peraturan & undang-undang yang ditetapkan 
Ø Keputusan dikemukakan kepada Pegawai Pengurus


PETUGAS SPR MENYUSUN PETI UNDI YANG SUDAH DIKEMBALIKAN OLEH KETUA TEMPAT MENGUNDI


PETISYEN PILIHAN RAYA

Ø Keputusan pilihan raya dicabar di mahkamah.
Ø Sebab-sebab petisyen: 
1)Sogokan, peras ugut/ sebarang salah laku 
2)Ketidakpatuhan undang2 
3)Perbuatan rasuah/ menyalahi undang2 
4)Calon/ejen didapati tidak layak menyertai piihan raya 
Ø Petisyen dikemukakan dalam masa 21 hari dari tarikh keputusan 
Ø SPR mengeluarkan notis pilihan raya akan diadakan

PENYATA PERBELANJAAN PILIHAN RAYA

Ø Layak membelanjakan wang bagi pilihan raya, tidak melebihi:

1.RM 200,000 bagi Dewan Rakyat 
2.RM100, 000 bagi Dewan Undangan Negeri  
Ø Laporan perbelanjaan dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri 
Ø Kegagalan mengemukakan merupakan kesalahan di bawah Akta Kealahan Pilihan Raya 1954

PENYIMPANAN DAN PELUPUSAN

Ø Dokumen dismpan dalam peti/ peti-peti khas dan dikunci 
Ø Peti-peti khas disimpan selama 6 bulan 
Ø Meyimpan daftar pemilih yang telah ditandakan dan juga counter foils kertas undi 
Ø Peti dibuka atas arahan Hakim Mahakmah Tinggi 

 



KESIMPULAN

Melalui pilihan raya yang diadakan dapat dirumuskan serta disimpulkan disini bahawa pilihan raya bukan sahaja penting dari segi praktis demokrasi tetapi perkhidmatan rakyat sebagai pengundi amat penting dalam menentukan kerajaan yang memerintah serta formasi system dan proses keadilan social Negara kita.Rakyat menyuarakan kehendak mereka melalui wakil yang mereka pilih dalam pilihan raya
Parti politik yang memperoehi kerusi terbanyak didewan rakyat atau dewan undangan negeri akan membentuk kerajaan. Jika tidak ada mana-mana parti yang menguasai dewan maka boleh ditubuhkan sebuah kerajaan campuran
Warganegara Malaysia adalah bebas menyertai mana-mana parti politik,diikuti pula dengan penglibatan mereka dalam pilihan raya sebagai pengundi.Dalam sesuatu pilihan raya, pelbagai isu dibangkitkan bagi menyakinkan pengundi supaya menyokong parti yang bertanding.Isu perkauman dan kepentingan Negara adalah dua perkara penting yang mencorakan sejarah kempen pilihanaraya di Negara kita

Pilihan raya adalah penting kepada semua warga Negara kerana merekalah yang akan menetukan kerajaan.Keputusan pilihan raya menunjukan sikap pengundi terhadap parti yang memerintah dan parti pembangkang.Pembangkang menjalankan fungsi sebagai pemeriksa dan penimbang kepada parti pemerintah.Dengan adanya pilihanraya,samada pilihanraya umum atau kecil rakyat adalah terlibat dan turut serta dalam proses demokrasi Negara kita

RUJUKAN
Buku oxford FAJAR Pengajian Malaysia Edisi kelima
http://infopengajianmalaysia.blogspot.my/
Youtube: Pilihan raja, lagu mari mengundi, sistem piihan raya dan lain lain.

1 comment:

  1. Play Slots Online | MrCD
    Discover the best 의정부 출장안마 new slot games developed by the best developers - Play Slots Online. Play with 충청남도 출장마사지 your friends from around 평택 출장안마 the 안동 출장안마 world in online 남양주 출장마사지 slots - or download

    ReplyDelete